Jenayah

Stor wayar, alat ganti hangus

GOMBAK: Pemilik stor simpanan wayar elektrik dan alat ganti kerugian ratusan ribu ringgit selepas premisnya musnah terbakar dalam kejadian di Taman Industri Bolton, jam 4 pagi semalam.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Razak Mokhtar berkata, sebanyak 80 peratus bahagian dalam premis telah terbakar ketika anggota bomba tiba.

Menurutnya, pihaknya terpaksa memotong dua pintu jeriji bahagian depan dan belakang premis untuk pemadaman dan mengawal api merebak ke unit bersebelahan.

“Unit berkeluasan 25×85 kaki persegi itu musnah terbakar keseluruhan melibatkan bahagian bawah yang dijadikan stor simpanan sementara atasnya sebagai ruangan pejabat.

“Anggota bomba mengambil masa 32 minit untuk mengawal kebakaran sejurus sampai ke lokasi jam 4.14 pagi, kurang sepuluh minit selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, operasi yang menggunakan dua jentera yang dibantu Pasukan Bomba Rawang, Pasukan Bomba Sukarela Gombak dan Tun Teja tu tamat sepenuhnya jam 2 petang semalam.

“Sekurang-kurangnya 20 anggota terlibat dalam operasi pemadaman. Tiada mangsa terperangkap atau cedera ketika kejadian.

“Premis bersebelahan terjejas sedikit di bahagian dinding sementara yang lain tidak alami sebarang kerosakan.

“Punca siasatan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan kita masih belum menemui pemilik premis masih yang tidak memunculkan diri sepanjang operasi berlangsung,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");