Jenayah

Suami isteri direman kes bunuh

Sepasang suami isteri ditahan reman polis selepas disyaki ada kaitan dengan pembunuhan seorang pelayan kelab malam awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, pasangan suami isteri terbabit ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan terhadap punca sebenar kematian mangsa berusia 28 tahun.

Menurutnya, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat Hospital Serdang berhubung punca kematian mangsa warga Vietnam itu.

“Siasatan awal mendapati kes itu bermotifkan cemburu yang menjadi punca kematian mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh atau menyebabkan kematian,” katanya, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");