Membawang Hari Ini

Tak sabar tunggu zuriat kedua

Pelakon Diana Danielle akui tidak sabar menanti kelahiran bayi keduanya yang dijangka dilahirkan pada November ini.

Diana, 24, yang kini memperlahankan aktiviti seninya sejak kandungan mencecah lima bulan lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga terutama anak sulungnya, Muhammad yang kini berusia dua tahun.

Pelakon Janji Diana itu berkata, pengalaman mengandung pertama dulu memberi banyak pelajaran buatnya justeru dia tiada sebarang masalah untuk mengatasi keadaannya sepanjang kehamilan kedua ini.

Berbeza dengan suami dan anaknya, mereka berdua sangat teruja dan tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga ini.

“Alhamdulillah saya tiada masalah alahan dan selera makan masih seperti biasa. Mungkin pengalaman hamil pertama dulu mengajar saya banyak perkara. Oleh itu, kehamilan kali ini saya lebih senang menguruskan diri dan tiada sebarang masalah.

“Anak sulung saya juga gembira dan tidak sabar menanti kelahiran adiknya ini. Dia sendiri memang seorang yang sukakan bayi. Apabila mendapat tahu saya bakal melahirkan adik untuknya dia sangat gembira dan tidak sabar malah turut menggelarkan dirinya ‘abang’,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2015.

Menerusi anugerah berkenaan, drama lakonan Diana berjudul Talak gandingan bersama Fizo Omar tersenarai dalam kategori Drama Terbaik.

Berkongsi perkembangan seni lakonannya, isteri kepada Farid Kamil ini berkata, setakat ini dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Malah belum merancang berapa lama masa diambil untuk berehat.

“Ketika melahirkan Muhammad, saya ambil masa sembilan bulan untuk kembali semula bekerja.

“Untuk kelahiran kali ini saya belum merancang berapa lama masa yang saya akan ambil untuk berehat, tetapi tetap akan kembali bekerja seperti biasa kelak,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jantina bayi, Diana dan suami tidak meletakkan sebarang harapan sebaliknya berharap anak yang bakal lahir itu selamat dan sihat.

“Untuk kelahiran kali ini kami memang tidak mahu tahu jantina bayi. Biarlah ia memberi kejutan buat semua apabila ia lahir nanti,” katanya gembira.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");