Perak Hari Ini

Tiga Maut, Kenderaan Dihempap Papan Tanda

TANJUNG MALIM: Tiga individu termasuk seorang lelaki dan dua wanita maut dalam satu kemalangan yang berlaku di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan yang berlaku di kilometer (KM) 399.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara telah melibatkan dua buah lori serta sebuah kereta.

Menurut jurucakap bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.13 pagi tadi dan terus bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati terdapat satu kemalangan yang membabitkan dua buah lori serta sebuah kereta.

“Ia mengakibatkan tiga orang mangsa yang menaiki kereta tersebut tersepit dan maut ditempat kejadian,” katanya.

Ujar sumber lagi, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah treler telah melanggar belakang sebuah lori sehingga menyebabkan treler itu terbabas lalu melanggar tiang papan tanda.

“Tiang tersebut patah dan jatuh ke laluan sebelah dan kereta yang dipandu mangsa merempuh tiang tersebut,” katanya lagi.

IMG-20151010-WA0008

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Dzulkarnain Kamaruzzaman,61 tahun, Jammah Ibrahim, 56 tahun dan Nor Juliana Dzulkarnain, 17 tahun.

“Anggota telah menjalankan operasi untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta itu sehingga selesai operasi”, tambah sumber lagi.

Pemandu lori dan kelindan yang cedera dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan.

Operasi tamat pada jam 7.26 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");