Laporan Eksklusif

Tun Ling Liong Sik Dilihat Mempunyai Kelebihan

Dalam artikel yang lalu, kita dapat melihat bagaimana gembiranya Presiden Barack Obama melalui kenyataannya tentang TPPA. Katanya, majlis menandatangani TPPA bersama-sama 11 buah Negara Asia Pasifik akan memberi kelebihan kepada Amerika dan akan mensejahterakan Negara tersebut.

Ternyata Amerika Syarikat mempunyai kelebihan dalam perkara ini. Menerusi laman web White House, Amerika Syarikat telah menerbitkan rangka kerja yang terperinci tentang bagaimana TPPA ini akan meningkatkan tentang kehadiran perdagangan global Amerika dan ternyata akan merugikan Negara-negara Asia Pasifik.

Tanpa ada sebarang isi dokumen yang dibekalkan kepada menteri kita yang bertanggungjawab, kita boleh membuat kesimpulan bahawa dengan menandatangani TPPA, ianya akan membuatkan Presiden Amerika Syarikat itu menjadi lelaki yang sangat bahagia. Dan ianya akan diburukkan lagi jika Parlimen mengesahkan serta mempersetujui TPPA tanpa rakyat dapat melihat pada butiran perjanjian tersebut. Sekali lagi, kita berada di pihak yang rugi.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) betul, tidak ada gunanya jika TPPA dibawa berdebat di Parlimen.

Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik baru-baru ini bersetuju dengan desakan beberapa pihak yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tun Dr Ling dilaporkan berkata:

“Saya bersetuju dengan Mahathir. Kerana beliau telah mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya,”kata Dr Ling kepada wartawan selepas menghadiri satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.

Bekas presiden MCA itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa Najib perlu meletakkan jawatan.

Kecewa dengan reaksi yang diberikan, Najib menerusi satu kenyataan meminta supaya Tun Dr Ling meminta maaf kerana memfitnah dan jika tiada permohonan maaf dibuat, Dr Ling akan disaman.

Ianya sangat pelik apabila bekas Presiden MCA itu dikutuk dan diminta untuk memohon maaf selain daripada bakal dikenakan tindakan undang-undang, tetapi sumber asal kepada permasalahan yang timbul, iaitu Wall Street Journal dan Sarawak Report tidak pula didakwa.
Malah, peguam yang mewakili Najib bertanyakan kepada WSJ sama ada akhbar itu mempunyai wakil peguam di Negara ini sebelum keputusan untuk menyaman akhbar tersebut diteruskan atau dihentikan.

Tetapi, menurut rekod yang didakwa oleh WSJ dan Sarawak Report, ianya jelas menunjukkan bahawa sebahagian daripada RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib datangnya daripada SRC International.

“Berdasarkan laporan media terhadap pelaburan yang dibuat oleh SRC International Sdn Bhd, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti isu tersebut dan menemui elemen-elemen yang boleh disabitkan undang-undang SPRM,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, menerusi satu kenyataan.

Siasatan telah dilakukan dan kami mendapati ada asas bagi SPRM memulakan siasatan dibawah Akta SPRM 2009, maka siasatan telah pun bermula.

“Selaras dengan peruntukkan undang-undang, SPRM akan menjalankan siasatan secara bebas, professional dan menyeluruh,”katanya.
SRC International adalah anak syarikat kepada 1MDB sebelum dipindahkan ke bawah Kementerian Kewangan pada Januari 2012. Terdapat dua individu yang berkaitan dengan kes tersebut iaitu Nik Ariff Faisal Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin yang telahpun melarikan diri ke luar Negara. Kedua-dua mereka sangat dikehendaki oleh SPRM bagi membantu siasatan.

Ia seolah-olah, pembiayaan tunggal bagi SRC sebanyak RM4 bilion datangnya melalui pinjaman dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pada tahun 2011.

Menurut rekod, sekitar RM216 juta daripada RM4 bilion telah digunakan oleh SRC International bagi aktiviti perniagaan di Mongolia. Persoalannya, ke mana baki wang yang tinggal pergi?

Kami percaya perlu Tun Dr Ling Liong Sik membawa perkara ini ke mahkamah, maka peguam memfailkan saman dan beliau mesti memberi keterangan bahawa wang rakyat memang akhirnya tidak masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

SPRM perlu mempercepatkan siasatan mengenai skandal wang RM42 juta dan hasil siasatan perlu dibawa ke mahkamah.

Sekiranya badan kehakiman yang ada sekarang berani, isu ini akan memberi kredibiliti kepada kerajaan, atau mengukuhkan lagi pendapat yang dinyatakan oleh Tun Dr Ling Liong Sik.

Tetapi, ada banyak cara boleh dilakukan. Antaranya, Tun Dr Ling boleh memohon maaf supaya tidak menanggung kos yang banyak, atau peguam yang mewakili Perdana MEnteri boleh menarik semula tuntutan mahkamah dengan tidak mengambil risiko perbicaraan. Kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara yang berlaku secara senyap dan baik, atau teruskan membawa perkara ini ke mahkamah.

Apa sekalipun, Tun mempunyai kelebihan dalam perkara ini. Hal ini kerana, jika dakwaan yang dilakukan adalah tidak benar, sudah lama Najib mendakwa Sarawak Report dan WSJ.

Sumber: https://jebatmustdie.wordpress.com/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");