Perak Hari Ini

Ustaz Kazim Elias Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak

IPOH: Pendakwah bebas yang tidak asing lagi, Datuk Mohamad Kazim Elias dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak bagi tahun 1437 Hijrah bersempena sambutan Maal Hijrah berlangsung di Hotel Casuarina@meru Bandar Meru raya di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan anugerah berkenaan.

Menurut Kazim kejayaan ini merupakan anugerah dan penghargaan daripada negeri kelahirannya dan dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus bergerak maju dalam bidang dakwah.

“Saya sangat bersyukur kerana setakat ini ceramah yang disampaikan oleh saya dihadiri bukan sahaja orang Islam tetapi juga bukan Islam.

“Ini adalah satu kejayaan yang sangat membanggakan saya dan anugerah ini menambahkan semangat saya terus berdakwah,” katanya.

Ujarnya lagi, Hijrah Rasulullah (SAW) bukan hanya berkisar daripada Mekah ke Madinah tetapi juga menguatkan ekonomi Umat Islam.

“Sepatutnya hijrah kita kali ini adalah meningkatkan ekonomi supaya Islam boleh menguasai dan dijadikan contoh.

“Hijrah Rasulullah (SAW) ke Madinah juga membawa mesej perpaduan kerana Rasulullah (SAW) tidak bergaduh tidak juag berpecah belah di Madinah,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya hijrah kini perlu menekankan mesej mengenai ekonomi, perpaduan dan mengenai kemanusian.

“Kita bercakap soal hijrah tetapi salah membenci, saling tiada tolong menolong dan sepatutnya Peristiwa Hijrah Rasulullah (SAW) dijadikan pendorong untuk kita tolong menolong antara satu sama lain,” katanya.

Tambahnya sifat membangga diri perlu dielakkan sama sekali kerana semua pihak kini saling berkongsi satu negara secara bersama-sama.

Mohamad Kazim menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, medal, plak dan hadiah iringan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Beliau dipilih berikutan sumbangan besarnya dalam menyampaikan dakwah di negeri ini.

PERAKTODAY3

Terdahulu, bekas Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1999 hingga 1996, Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid pula dipilih sebagai Tokoh Ar-Ridzuan 1437.

Manakala bagi kategori pengurusan Masjid Terbaik, Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang Tanjung Malim dipilih bagi tahun ini dan Tanah Perkuburan Islam Meru Raya pula dipilih menerima anugerah pengurusan Tanah Perkuburan terbaik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");