Jenayah

Wanita OKU maut kereta terbabas

KEMAMAN: Seorang wanita kurang upaya (OKU) maut selepas Perodua Viva dipandunya terbabas melanggar penghadang besi jalan dalam kejadian di Kilometer 273.5 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat susur keluar Cheneh, kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Mangsa, Nor Azean Mohamad Sari, 25, bekerja sebagai operator telefon di sebuah pusat panggilan swasta di Petaling Jaya.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang untuk bekerja selepas bercuti di kampungnya di Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, Dungun selama dua hari.

Bedah siasat yang selesai dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Hospital Kemaman memgesahkan mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di kepala.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");