Perak Hari Ini

13 Jabatan Negeri Terima Pengiktirafan Empat Bintang

IPOH:Sebanyak 13 Jabatan dan Agensi dibawah Kerajaan Negeri menerima anugerah kecemerlangan Pengurusan kewangan dengan memperoleh pengiktirafan empat bintang menerusi penilaian Jabatan Audit Negara.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pengiktirafan tertinggi hanya pada tahap empat bintang dan saban tahun negeri Perak berjaya mendapat mengiktirafan tersebut berdasarkan kecemerlangan pengurusan kewangan di setiap peringkat jabatan.

PERAKTODAY (28)

“Ada jabatan yang dahulunya tidak mendapat pengiktirafan bintang tetapi telah berjaya mendapat pengiktirafan empat bintang kini.

“Kerajan negeri berharap agar jabatan yang memperolehi empat bintang untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang dan bagi jabatan yang belum mencapai taraf empat bintang perlu untuk bekerja lebih keras lagi mencapai taraf itu,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Hari Audit 1 Malaysia & Persidangan Juruaudit Sektor Awam bagi tahun 2015.

Perak merupakan tuan rumah kepada penganjuran Hari persidangan Audit 1 Malaysia peringkat kebangsaan yang melibatkan penyertaan seramai 500 orang juruaudit seluruh Malaysia.

“Sepanjang lima hari semua anggota juruaudit yang berada di bawah Jabatan Audit Negara berkumpul di negeri Perak.

PERAKTODAY1 (32)

“Sepanjang persidangan dan hari audit negara ini mereka telah dan akan mengadakan beberapa program yang memberi impak tersendiri sama ada dalam bentuk kegiatan kemasyarakat dan persidangan melibatkan jabatan,” katanya.

Terdahulu beliau turut merasmikan pelancaran Buku panduan atau Handbook penguaditan Pengurusan Air dan Alam Sekitar edisi Pertama oleh Jabatan Audit Negara yang turut disaksikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

PERAKTODAY3 (16)

Tambah Zambry lagi, Kerajaan negeri akan terus melihat daripada aspek pemberian insentif tertentu bagi jabatan yang telah mencapai pengiktirafan tahap empat bintang tersebut.

Anugerah kecemerlangan Pengurusan Kewangan adalah berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2014.

Antara 13 jabatan yang memperolehi anugerah tersebut seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Lembaga Air Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Majlis Sukan Negeri Perak dan Majlis Daerah Selama.

PERAKTODAY4 (3)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");