Panasnya Hari Ini

Amaran Keras PKR Terhadap DAP & PAN

KUALA LUMPUR: PKR menerusi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini memberi amaran keras kepada rakan seangkatannya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan PAN supaya tidak bertindak melaga-lagakan pimpinan dalam parti itu.

Ujarnya, semua rakan sekutu parti pembangkang itu juga disaran supaya menghormati setiap keputusan yang dilakukan parti tersebut bairpun tidak bersetuju dengan keputusan yang diputusakan.

“PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak,” katanya memetik sumber laporan berita Harian hari ini.

Katanya, parti itu mengamalkan dan menghormati perbezaan pandangan malah tidak akan sesekali mengizinkan sebarang usaha yang akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan pimpinan dan ahli parti tersebut.

“Kita menyambut PAN dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan PAN akan terus dibina dan diperkukuhkan.

“Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");