Membawang Hari Ini

Ayda dan Emma tak gaduh

Pelakon Ayda Jebat dan Emma Maembong bergaduh? Tapi kata sumber menyampaikan cerita, mereka bukan gaduh pukul-pukul atau maki hamun tetapi lebih bersifat perang dingin ala negara Amerika Syarikat dan Russia.

Cik Pang sempatlah juga risik-risik kepada orang keliling yang rapat dengan dua pelakon popular ini tapi mereka pun tidak tahu kerana ia tidak dinyatakan secara terbuka.

Tapi mereka mengesyaki perselisihan antara dua pelakon itu mungkin berpunca daripada lokasi penggambaran salah satu drama bersiri yang diterbitkan Michael Ang.

Orang dalam industri juga tahu yang Emma dan Ayda selalu bekerja dengan Michael dan boleh dikatakan hampir kebanyakan karya dihasilkan pengarah itu dibintangi dua pelakon ini.

Cuma timbul cerita mengatakan Ayda dan Emma bergaduh apabila kononnya kedua-dua pelakon terbabit memberi syarat kepada Michael supaya jangan menemukan mereka dalam satu drama. Jika Michael mahu me­ngambil mereka, pengarah itu harus memilih antara mereka.

Bagaimanapun teman Cik Pang yang bertemu dengan Michael untuk mendapatkan pengesahan sejauh mana kebenaran cerita yang disampaikan itu, gagal mendapatkan pengesahannya.

Malah katanya, semua yang ditimbulkan itu tidak benar dan mungkin gosip itu bertebaran disebabkan perkara berbangkit membabitkan produksi drama terbitannya.

Michael akui sebelum ini memang ada drama yang sepatutnya menggabungkan Ayda dan Emma tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana Ayda terikat dengan drama lain dan jadual tidak boleh ditunda.

Kemudian ada lagi projek yang mahu menemukan Ayda dan Emma tetapi tidak dapat juga dilaksanakan kerana Emma pula sibuk.

Apabila perkara ini berlaku, ada yang membuat andaian kononnya Ayda dan Emma tidak menyukai satu sama lain. Disebabkan itu, mereka bermain tarik tali dan cuba mencari alasan untuk tidak berada dalam satu lokasi atau bertemu muka.

Kata Michael, apabila gosip itu bertebaran tidak ada seorang pun yang bertanya padanya akan kesahihan cerita terbabit hing­ga ia terus diperkatakan.

Mendengarkan penjelasan itu, hati Cik Pang berasa lega. Iyalah, bayangkanlah tiba-tiba benar mereka berdua bermusuhan bukankah susah jadinya? Maklum sajalah, industri hiburan ini kecil. Suka atau tidak, pasti kita akan berlaga bahu nanti.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");