Perak Hari Ini

Banjir: JPS Perak Disaran Segerakan Penilaian Tebatan Banjir

KERIAN: Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak (JPS) disaran supaya menyegerakan penilaian semula bagi proses menyediakan tebatan banjir yang dijalankan di daerah Kerian yang masih lagi belum disiapkan sepenuhnya.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak JPS perlu melihat keseluruhan pelan supaya ianya benar-benar memenuhi dan mengatasi masalah banjir secara keseluruhannya di daerah tersebut.

Tambahnya lagi, Kerajaan telah memperuntukkan lebih daripada RM400 juta untuk pelaksanaan projek di bahagian negeri itu bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku.

“Sekiranya peruntukan begitu besar kita sediakan namun banjir masih berlaku maka rakyat akan mempersoalkan apabila masalah banjir masih berlaku,” katanya sejurus selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah di sini hari ini.

Tegasnya lagi, berikutan taburan hujan sejak tahun lalu terutama di kawasan daerah Kerian juga melibatkan Hulu Perak agak tinggi sehingga mengakibatkan jangkaan pihak JPS  adalah diluar jangkaan dan semestinya ia memerlukan penilaian semula.

“Berlakunya banjir pada tahun lalu dan sekarang akan menambah perspektif tambahan kepada JPS sebagai agensi pengendali bagi melihat semula aliran air di kawasan Kerian dan taburan hujan yang berlaku,” ujarnya lagi.

Tegas Zambry lagi, tebatan banjir itu akan melibatkan beberapa buah sungai dan anak sungai terutamanya Sungai Kerian.

“Kerian melibatkan kolam takungan Bukit Merah apabila takungan semakin meningkat dan mengakibatkan air melimpah keluar salah satu faktor.

“Tahun lalu takungan air semakin meningkat dan terpaksa dilepaskan kerana ia membahayakan kolam tangkungan sedia ada,” katanya lanjut.

PERAKTODAY1 (33)

Ujarnya lagi, Kerian juga merupakan kawasan lembah rendah dan berkemungkinan sering berlaku air pasang yang sukar untuk mengalir serta mengakibatkan banjir.

Kerajaan juga katanya telah memperuntukkan sebanyak RM57 juta bagi membaiki Ban yang pecah akibat banjir.

Tambahnya lagi, tindakan segera daripada agensi terlibat adalah perlu bagi mengatasi masalah banjir secara keseluruhannya.

“Setakat ini keadaan banjir membimbangkan berikutan taburan hujan yang lebat khususnya di kawasan daerah Kerian,”katanya.

Sebanyak tiga pusat pemindahan di Daerah Kerian telah dibuka yang melibatkan 338 orang daripada 98 keluarga.

“Penduduk di kawasan yang terjejas ditempatkan di Sekolah Kebangsan Bukit Merah melibatkan sepuluh buah kampung yang berada di sekitar kawasan tadahan Bukit Merah.

“Mereka yang berada di kawasan ini telah tinggal di sekolah ini hampir sepuluh hari dan ada juga kawasan melibatkan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir yang sudah masuk hari ke-19,” katanya lanjut.

Kebanyakan tempat yang terjejas katanya disebabkan oleh air yang bertakung sehingga tidak dapat mengalir dan memerlukan tindakan segera seperti penggunaan pam air bagi mengeluarkan air tersebut.

PERAKTODAY (29)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");