Berita Hari Ini

Batu sempadan pisahkan Pulau Pinang-Kedah

SUNGAI MUDA – Penemuan batu terat pertama atau lebih dikenali sebagai batu sempadan yang wujud ketika Pulau Pinang dipajakkan oleh Sultan Kedah kepada pihak British, dikunjungi buat kali kedua oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, batu terat itu berfungsi sebagai penanda garis sempadan yang memisahkan Pulau Pinang dan Kedah berdasarkan perjanjian terakhir di antara British, Siam dan Kedah pada 6 Mei 1869.

Menurutnya, penandaan batu sempadan ini bermula dari Sungai Muda dan berakhir di Sungai Kerian dengan jarak setiap batu terat ialah 1.6 kilometer, manakala batu terat jumpaan kedua ditemui di di Kampung Dato’ Mohd Sharif, Bandar Baharu dan dikunjungi oleh PSMCK pada Oktober lalu.

“Batu pertama ditemui pada tahun 2008 lalu oleh penduduk di Kampung Sematol, kini tempat itu dinamakan Terat Batu, tempat ini antara kawasan dilawati dan dibuat kaji selidik oleh PSMCK.

“Pihak Muzium sudah membaik pulih bahan bersejarah itu dengan membina bumbung dan lantai,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Shamsudin berkata, kedua-dua batu yang berjaya ditemui itu terpahat tiga bahasa dan tulisan iaitu British, Siam dan Melayu bertulisan Jawi.

Menurutnya, perjanjian yang dilakukan pada tahun 1869 itu adalah yang terakhir di antara ketiga-tiga pihak dan ini berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879).

“Kedah pada waktu itu masih di bawah Siam, sebelum ‘Perjanjian Bangkok 1909’ dimeterai.

“Biarpun terdapat tiga bahasa dan tulisan berlainan, namun membawa maksud yang sama.

“Dalam tulisan jawi tercatat begini; ‘Ini perenggan antara British dan Siam’,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");