Berita Hari Ini

Bekas CEO 1MDB Perlu Sedia Lebih Info – PAC

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi perlu hadir semula ke prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Isnin depan.

Shahrol yang disoal selama lebih empat jam perlu memberi maklumat lanjut kepada PAC sebelum penggantinya, Arul Kanda Kandasamy tampil sebagai saksi di hadapan jawatankuasa Parlimen itu pada hari berikutnya.

“PAC mendengar keterangan Shahrol Azral mengenai kawalan tadbir urus 1MDB bermula daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) 2009 sehingga kepada penubuhan 1MDB secara rasmi pada September 2009.

“PAC juga mendengar keterangan Shahrol Azral berhubung penubuhan syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi,” kata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin menerusi kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat selepas prosiding PAC berhubung isu 1MDB di Parlimen.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Dr Mohd Isa Mohd Hussain yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar dan Ketua Perundangan 1MDB, Ivan Chen.

PAC juga akan memanggil bekas CEO 1MDB dari April 2013 hingga Disember 2014, Hazeem Abdul Rahman pada 14 Disember depan; bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta bekas Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Azlan Zainol pada 15 Disember dan Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Prosiding pertama membabitkan syarikat itu telah diadakan pada 19 Mei lepas manakala prosiding kedua pada 10 Jun dan ketiga pada 17 Jun lepas.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");