Membawang Hari Ini

Diana Danielle Kurang Sakit, Bersalin Dalam Air – Farid Kamil

KUALA LUMPUR: Pelakon Farid Kamil berasa lega melihat isterinya Diana Danielle kurang mengalami kesakitan selepas melalui proses kelahiran dalam air (water birth) di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 19 November lalu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 34, berkata, menerusi teknik itu, Diana tidak perlu melalui kontraksi terlalu lama dan proses bersalin hanya berlaku dalam tempoh masa sejam.

“Melalui proses kelahiran water birth, kami sudah difahamkan bahawa ia memudahkan ibu untuk bersalin dan kurang sakit.

“Alhamdulillah, situasi sakit Diana hanya berlaku seketika sahaja. Kira-kira pukul 6 petang (18 November) Diana mula berasa sakit, kemudian saya bawanya ke hospital pada pukul 3 pagi (19 November) dan pada 4.05 pagi, anak perempuan saya dilahirkan,” katanya kepada mStar Online.

Farid ditemui pada majlis pelancaran filem Langit Cinta di Menara KL di sini pada Rabu.

Tambah Farid, memandangkan anak perempuannya dilahirkan pada pagi Subuh, dia dan Diana memberikan nama Nur Aurora yang membawa maksud Cahaya Fajar.

Sementara itu, Farid berkata, dia kini lebih tertumpu menjaga anak sulungnya, Muhammad yang berusia dua tahun, manakala Diana, 24, pula menguruskan Aurora.

“Lagipun saya masih janggal memegang Aurora kerana merasakan dia terlalu kecil dan halus.

“Risau pula kalau nak pegang dia. Takut dikasari,” ujarnya sambil memberitahu bayi keduanya itu lahir dengan berat 3.29 kilogram.

Sementara itu dalam perkembangan lain Farid akan mengakhiri kontraknya dengan Metrowealth International Group (MIG) selepas 17 tahun di bawah naungan syarikat tersebut.

Dia ingin karier seninya melalui landasan baharu tanpa pembabitan MIG, selain mahu menerbitkan filem.sendiri menerusi syarikatnya iaitu Skygate One Sdn Bhd.

“Sudah tiba masanya untuk saya bergerak sendiri. Tetapi saya masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada mereka dan mungkin juga akan bekerjasama.

“Tahun depan saya akan fokus di bidang penerbitan dan pengarahan pula. Rasanya keputusan keluar dari MIG selepas 17 tahun adalah tepat,” tuturnya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");