Jenayah

Dua lagi disyaki subahat ditahan

Kuala Lumpur: Dua pegawai kanan polis ditahan berhubung kes pecah amanah RM1.5 juta membabitkan kontrak ubah suai dan baik pulih Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sebelum ini, tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan PDRM ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pecah amanah.
Turut ditahan pegawai bawahan dan juga kontraktor yang dipercayai bersekongkol dengan kegiatan pecah amanah itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata mereka ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan dan pihaknya memberi jaminan tiada sebarang kompromi ke atas mereka yang terbabit.

“Saya sahkan dua lagi pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan. PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan menyalahi undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");