Sukan Hari Ini

Elak buat silap: Gomez

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) diminta sentiasa berwaspada dan fokus sepanjang perlawanan menentang Felda United di Stadium Larkin, malam ini.

Meskipun memiliki kelebihan jaringan tempat lawan pada aksi suku akhir pertama di Selayang, Selasa lalu, namun ia tidak meletakkan Harimau Selatan di zon selesa memandangkan Felda sebuah pasukan yang mampu mencipta kejutan.

Perkara itu diakui Ketua Jurulatihnya, Mario Gomez yang telah merangka beberapa taktikal baharu bagi mengekang bahagian serangan The Fighters.

“Kami perlu berusaha keras pada perlawanan kali ini dan sebarang kesilapan tidak boleh dilakukan.

“Saya juga menegaskan kepada semua pemain untuk tidak mudah hilang fokus pada minit-minit awal kerana ia faktor utama permainan pasukan akan goyah,” katanya.

Menurutnya, selain mara ke slot separuh akhir Piala Malaysia, mengekalkan rekod tanpa kalah Stadium Larkin sejak 2013 adalah salah satu sasaran utamanya.

“Sejak 2013 hingga sekarang, JDT telah mengekalkan 40 perlawanan tanpa kalah di sini, oleh itu tugas kami ialah memastikan ia dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, penyerang sensasi JDT, Safee Sali memohon agar pasukannya dapat memberikan yang terbaik dan tidak mudah panik menentang The Fighters.

“Felda adalah sebuah pasukan yang mantap. Mereka mempunyai pemain berpengalaman dan import yang benar-benar bahaya.

“Pimpinan Irfan Bakti yang mempunyai pengalaman luas juga menjadikan pasukan itu seolah-olah tiada kelemahan. Oleh itu, jika satu kesilapan yang minima sahaja ia boleh menukar rentak permainan,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");