Panasnya Hari Ini

“Kalau ada tiga juta penyokong, jangan takut tentang saya seorang”

PAGOH: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah dinafikan haknya sebagai Timbalan Presiden Parti itu apabila tidak dibenarkan berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang akan berlangsung pada 8 Disember ini.

Katanya, perhimpunan yang diadakan ini merupakan satu platform yang baik untuk mencari keputusan dan penyelesaian yang dihadapi oleh UMNO dan Negara.

“Platform itu harus digunakan dengan baik supaya selepas perhimpunan selesai, sudah ada keputusan yang baik.

“Akan tetapi sebaliknya, Majlis Tertinggi (MT) buat keputusan untuk tukar tradisi supaya saya sebagai Timbalan Presiden tidak merasmikan mesyuarat sayap. Agak luar biasa. Apakah kerana apa yang saya sebutkan selama ini iaitu soal kerajaan, dibawa kepada soal politik,”katanya ketika berucap di dalam satu majlis perhimpunan sokongan terhadapnya yang diadakan di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Johor, semalam.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau dinafikan haknya apabila tradisi yang bermula sejak UMNO wujud itu diubah bagi menghalangnya berucap di depan ahli-ahli UMNO.

“Itu platformnya, saya dinafikan hak. Sejak UMNO diwujudkan,mengeluarkan pandangan dan pendapat tentang generasi muda tentang halatuju dan masa depan tentang apa yang harus kita buat bersama-sama untuk mencapai negara maju.

“Hari ini saya tidak diberikan hak itu. Saya Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden. Apa salah saya. Tetapi orang atas nak lihat apa yang saya buat ini satu kesalahan. Maka hak saya ditarik balik. Jangan bagi dia (saya) peluang utk bercakap. Takut ke? Apa yg nak ditakutkan pada.Pemimpin tak ada kuasa. Tak ada kuasa, hanya bercakap sahaja.,”ucapnya.

Tambahnya lagi, beliau dilarang bercakap mungkin disebabkan pihak MT akan berasa tidak selesa dengan ucapannya ketika PAU itu.

“Atau tidak akan selesa didengari oleh pemimpin dan Presiden UMNO? Merasa kedudukannya lebih tergugat kerana akan mendedahkan perkara-perkara yang berkaitan dengan beliau. Skandal dan sebagainya. Jangan biar dia (saya) berucap,bukan setakat di peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri, gulung pun tak boleh gulung.

“Dia sorang sahaja. Parti ini parti dia sahaja tuan-tuan dan puan-puan. Kalau parti ini parti dia sahaja, tak apalah .

“Terakhir yang berucap adalah Presiden parti. Bolehlah ulas.kalau tak betul, tegurlah saya .Tak mengapa, nasihat tanda sayang.

“Kenapa dihalang saya? Dia kata dia dapat penyokong seramai tiga juta ahli UMNO seluruh negara. Kalau tiga juta jangan takut tentang saya seorang. Saya tak sampai 10 org pun yang sokong saya. Apalah yang saya mampu buat,”ujarnya yang kemudiannya mendapat sorakan daripada penyokong yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");