Sukan Hari Ini

‘Kami ikut nasihat Polis’

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melahirkan rasa dukacita kerana salah faham yang timbul apabila segelintir penyokong setia Merah Kuning tidak dapat memasuki Stadium Shah Alam untuk menyaksikan aksi suku akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dan Sarawak kelmarin.

Menurut pengurus pasukan Selangor Amirudin Shari, pihak pengurusan stadium sentiasa memastikan sistem terbaik bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penyokong.

“Apa yang kita praktikkan selama ini, pintu pagar akan ditutup sebaik jualan tiket berakhir iaitu pada minit ke-60 permainan (15 minit selepas separuh masa kedua). Kemudian pada minit ke-80, pintu pagar akan dibuka semula dan membenarkan penyokong masuk secara percuma,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.

Jelasnya, atas nasihat dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan semua pihak, peraturan itu digubal sedikit iaitu pintu pagar ditutup pada minit ke-60 permainan sebaik jualan tiket ditutup dan hanya dibuka semula 10 minit selepas tamat.

“Ia bertujuan mengelakkan bahan terlarang dibawa masuk terutamanya yang berpotensi mencetuskan kebakaran. Bagi memberikan keselesaan untuk perlawanan seterusnya, saya akan meminta pihak pengurusan stadium membuka dua atau hingga tiga pintu selepas separuh masa kedua hingga tamat perlawanan dan hanya membenarkan pemegang tiket masuk dengan bantuan kawalan PDRM,” katanya.

Kelmarin Selangor berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia apabila berjaya menumpaskan Sarawak dengan agregat 3-2.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");