Berita Hari Ini

Kerajaan tidak abai pembangunan Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak pernah? mengabaikan pembangunan di Sabah dan Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya, dalam setiap agenda pembangunan negara, kerajaan akan memastikan pembangunan di setiap negeri adalah berdasarkan keperluan semasa.

“Sebagai contoh, pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo yang merentasi Sabah dan Sarawak yang sedang giat dilaksanakan kini, menunjukkan bahawa pembangunan di dua negeri itu tidak pernah kerajaan abaikan,” katanya melalui jawapan bertulis

yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (DAP-Cheras).

Tan ingin mengetahui dasar kerajaan terhadap Perjanjian Malaysia memandangkan tuntutan bagi autonomi Sabah dan Sarawak semakin meningkat.

Dalam itu, Azalina berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengatakan bahawa lebih banyak kuasa pentadbiran membabitkan jabatan dan agensi persekutuan bakal diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak dalam usaha merangsang pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");