Jenayah

Lelaki berdepan hukuman mati kerana dadah

SHAH ALAM: Seorang bekas perkhidmatan penyelenggaraan telefon bimbit dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah mengedar 560 gram syabu, tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muhammad Bilal Abdul Jabbar setelah mendapati pendakwaan berjaya bukti kes melampaui keraguan munasabah.

Menurutnya, pembelaan Muhammad Bilal gagal mematahkan anggapan terhadap pemilikan ke atas dadah tersebut.

“Hanya satu sahaja hukuman diperuntukkan di bawah kesalahan ini iaitu digantung sehingga mati,” katanya.

Muhammad Bilal, 28, didapati bersalah melakukan kesalahan itu di kawasan tuntutan bagasi F, Balai Ketibaan Antarabangsa, Aras 3, MTB KLIA, Sepang jam 10.10 pagi pada 11 ogos 2012.

Pendakwaan dikendalikan T Deepa Nair mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki itu yang juga warga Pakistan diwakili peguam Suzana Ismail.

Tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding.

Dadah tersebut dijumpai di pada kasut yang disimpan dalam bagasinya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");