Sukan Hari Ini

Liga Malaysia: Tekad Apex

PENJAGA gawang The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat bertekad mahu memastikan pasukannya kembali digeruni pada Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016.

Khairul Fahmi atau dikenali panggilan Apex berkata, pentas Liga-M musim depan menjadi medan terbaik buat skuad pantai timur itu mencabar kejuaraan setelah mempamerkan prestasi mengecewakan tahun ini.

“Saya akui memang pencapaian Kelantan cukup suram pada musim ini. Jadi, kita hendak bangkit semula daripada persembahan hambar sepanjang musim ini untuk bersaing dengan pasukan lain pada tahun depan.

“Saya mahu penyokong kembali penuhi stadium seperti zaman kegemilangan TRW ketika meraih kejuaraan tiga piala, dua tahun lalu,” katanya kepada media pada majlis pelepasan Kayuhan Solo Pak Wan di Kota Bharu, semalam.

Dalam pada itu, Khairul Fahmi memberitahu, dia turut memanfaatkan tempoh rehat panjang selepas pasukannya tersingkir awal pada kempen Piala Malaysia musim ini dengan aktiviti berbasikal.

“Buat masa ini memang saya tidak menjalani latihan kerana masih lagi bercuti, namun saya tetap menitik beratkan aspek kecergasan, sebab itu saya menyertai Kelab Warung Dusun Cycle bagi mengekalkan stamina,” katanya.

Menyentuh perkembangan semasa TRW, penjaga gol berusia 26 tahun itu memberitahu, dia tidak tahu siapa jurulatih baharu yang akan mengendalikan pasukan itu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");