Berita Hari Ini

Malaysia Mahu Turki, Rusia Berusaha Kurangkan Ketegangan

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Turki dan Rusia agar berusaha mengurangkan ketegangan antara kedua-dua negara berikutan insiden terbaharu, penembakan jatuh pesawat penjuang milik Rusia, Su-24.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia percaya kedua-dua negara dapat menyelesaikan perbezaan antara mereka dan mencapai objektif utama iaitu membanteras kumpulan militan I.S atau pengganas Daesh di Syria.

“Malaysia sudah tentu amat bimbang mengenai kejadian itu dan kedua-dua negara harus bekerjasama dan bukannya bersaing dalam menangani konflik di Syria, ” katanya kepada Bernama dalam jawapan bertulis, di sini, Ahad.

Anifah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketegangan yang berlaku antara kedua-dua negara, baru-baru ini, selepas pesawat pejuang Rusia ditembak jatuh oleh Turki Selasa lalu, berhampiran ruang udara wilayahnya.

Ditanya sama ada ketegangan itu mungkin akan menyebabkan cetusnya Perang Dunia Baharu, Anifah berpendapat bahawa kejadian itu tidak mungkin menimbulkan konflik bersenjata antara Turki dan Rusia.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");