Sukan Hari Ini

Mandzukic wira Juventus

GOL tunggal Mario Mandzukic berjaya membantu Juventus menang 1-0 ke atas Manchester City awal pagi semalam sekali gus layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara.

“Saya gembira dengan persembahan pemain, mereka tampil baik dan yang penting tidak dibolosi gol lawan.

“Tahniah kepada pemain kerana tidak mudah turun menentang pasukan yang berkualiti seperti City,” kata pengendalinya, Massimiliano Allegri.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan, Juventus kekal di tangga teratas dengan 11 mata, dua mata di depan City manakala Borussia lima mata dan Sevilla di tangga tercorot dengan hanya tiga mata.-SINAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");