Berita Hari Ini

Mangsa banjir di Perak bertambah

IPOH – Sebuah keluarga dari Kampung Air Hitam 2, Bagan Serai terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah di sini, selepas air mencatatkan paras antara 0.3 hingga 1.2 meter, semalam.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, tambahan tiga mangsa itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir sehingga jam 6 petang meningkat kepada 413 mangsa membabitkan kawasan Bagan Serai, Pantai Remis dan Teluk Intan.

Menurutnya, situasi banjir di kawasan Bagan Serai setakat ini mencatatkan 83 keluarga membabitkan 293 mangsa daripada 12 kampung telah ditempatkan di SK Changkat Lobak selain SK Bukit Merah.

“Kampung Changkat Lobak, Kampung Permatang Tengah dan Parit Air Hitam mencatatkan paras banjir antara 0.3 hingga 0.5 meter membabitkan 139 mangsa.

“Manakala, Batu 38, Batu 40, Parit Abu Hassan, Kampung Ali Kalang, Kampung Beriah, Parit Lebai Kadir, Parit Mat Keling, Parit Air Hitam 2 dan Parit Simpang 5 pula melibatkan 50 keluarga membabitkan 154 mangsa,” katanya di sini.

Sementara itu, Yahaya berkata, kawasan Pantai Remis dan Teluk Intan mencatatkan pengurangan jumlah mangsa dari semasa ke semasa.

“Kampung Padang Serai di Pantai Remis mencatatkan 22 keluarga yang kini masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai dengan paras banjir mencatatkan 0.1 meter.

“Pada masa sama, Kampung Mesra Batu 7 dan Lorong Mesra Batu 9 di Teluk Intan hanya mencatatkan 19 keluarga yang kini ditempatkan di SK Changkat Jong,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");