Sukan Hari Ini

MHC beri Faizal peluang kedua

Kuala Lumpur: Penyerang hoki negara Faizal Saari (gambar tengah) diberi lampu hijau untuk beraksi bersama Terengganu pada saingan Piala Razak bermula hari ini.

Meskipun Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini memberi bayangan akan mengenakan hukuman berat penggantungan dua tahun termasuk dilarang terbabit dengan sebarang kejohanan domestik dan antarabangsa selepas gagal hadir sesi latihan skuad negara, badan induk itu nampaknya dilihat memberi peluang sekali lagi kepada penyerang berusia 24 tahun itu.

Alasan MHC adalah mereka belum lagi menjatuhkan hukuman ke atas Faizal dan atas sebab itu dia diberi kebenaran beraksi dalam saingan Piala Razak.

“Setakat ini MHC belum lagi mengenakan sebarang hukuman ke atas Faizal. Jadi dia dibenarkan untuk mengambil bahagian di Piala Razak.

“Kami akan memanggilnya untuk memberikan penjelasan mengapa gagal hadir menjalani latihan bersama skuad negara. Kami tidak boleh terus menghukumnya,” kata Naib Presiden MHC Datuk Ow Soon Koi pada sidang media kejohanan itu semalam.

Presiden MHC Datuk Seri Subahan sebelum ini mengesahkan Faizal sudah digugurkan daripada senarai pelatih skuad kebangsaan tetapi bakal menerima hukuman berat jika gagal memberi penjelasan memuaskan kepada Jawatankuasa Disiplin.

Sementara itu, status pasukan yang disertai kapten negara Muhammad Razie Abdul Rahim masih menjadi tanda tanya selepas Kuala Lumpur, pasukan sering disertainya sebelum ini mendakwa pemain itu tidak berminat menyertai mereka.

Difahamkan Razie berminat menyarung jersi PDRM, tetapi pengurus pasukan itu, Mohd Rozymi Mohd Alwi mengesahkan tidak menyenaraikannya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");