Isu Panas

Myanmar bukti kerajaan boleh bertukar tangan

SHAH ALAM – Bukan suatu yang mustahil sekiranya kuasa pemerintahan kerajaan bertukar tangan kepada pembangkang.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, ia sudah dibuktikan dari pilihan raya yang berlaku di Myanmar.

Pilihan Raya Umum Myanmar yang berlaku pada awal bulan ini menyaksikan Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi melakar sejarah negaranya apabila Parti Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinannya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara itu.

NLD dilaporkan menyapu bersih kesemua 12 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di ibu negara.

“Myanmar sudah buktikan bahawa pembangkang mampu mengambil alih kerajaan, tidak mustahil perkara sama berlaku di sini.

“Kita boleh lakar kejayaan kita pada pilihan raya akan datang nanti, kita akan buktikan nanti. Jangan malas, masa sudah tak banyak,” katanya dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Kongres PKR ke-11 di Ideal Convention Centre, di sini, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");