Jenayah

Nyaris maut angkara objek misteri

NILAI: Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan yang dipandu hangus terbakar dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Batu 13 Jalan Labu-Nilai di sini, awal pagi, semalam.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 2 pagi, ketika mangsa, Chin Chee Shin 35, yang memandu sendirian kereta jenis Volkswagen Golf sedang dalam perjalanan dari Putrajaya ke Port Dickson.

Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan ternampak sesuatu objek yang tidak dapat dikenal pasti, menyebabkan kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pengadang besi sebelah kiri jalan sebelum hangus.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Awang@Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.01 pagi.

“Sebuah jentera dan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba lebih kurang 17 minit kemudian.

“Sebaik tiba, api telahpun marak dan kereta berkenaan tidak dapat diselamatkan berikutan hampir musnah seratus peratus,” katanya.

Kata beliau, pihak bomba bagaimanapun terus menjalankan kerja pemadaman bagi memastikan api tidak terus marak.

“Bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengawal kebakaran dan api dapat padam sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, mangsa tiada mengalami sebarang kecederaan kerana dia telah menyelamatkan dirinya sebaik menyedari kebakaran berlaku dan kejadian itu tidak melibatkan kenderaan lain.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");