Sukan Hari Ini

Pecah rekod 34 tahun

Mersing: SMK Sri Mersing (SMKSM) Johor, mengungguli Kejohanan Ragbi MSSM bawah 15 tahun di Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Bandar Penawar Kota Tinggi dengan membelasah SMK Sultan Yahya Petra 1 Kelantan, (20-0) pada perlawanan akhir.

Dengan kemenangan itu sekolah berkenaan memecahkan rekod 34 tahun kejohanan itu apabila menjadi pasukan pertama dari kalangan sekolah harian biasa muncul juara kejohanan yang diadakan sejak 1981 lagi.

Pengurus pasukan Salmah Muda berkata, sebelum itu di SMK Bandar Mas Kota Tinggi sekolah berkenaan menjuarai Kejohanan Ragbi MSSJ bawah 15 tahun sekaligus mewakili MSSJ ke kejohanan ragbi MSSM.

Menurutnya, pada peringkat awal pasukan itu membelasah MRSM Kuala Trengganu (17-0), MRSM Balik Pulau, Pulau Penang (41-0) dan MRSM Kuching (24-7).

Seterusnya pada suku akhir mereka mengalahkan INTEJ (7-5) dan peringkat separuh akhir SMK VI (10-7) dan memasuki perlawanan akhir bertemu SMK Sultan Yahya Petra 1.

“Dengan kejayaan ini, SMKSM mencipta sejarahnya sendiri dalam memecahkan kebuntuan sukan ragbi yang dikuasai MRSM sejak 34 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, lebih manis lagi, pemain pasukan SMKSM Mohd Azrin Amrin Usri dinobatkan sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan itu.

Jurulatihnya, Zulkefli Mohd Amin menyifatkan kejayaan pasukan mengharumkan nama SMKSM di peringkat MSSM cukup membanggakan.

Katanya, pasukan ragbi SMKSM muncul juara bermula di peringkat daerah dengan jaringan besar setiap perlawanan, seterusnya mewakili MSSD Mersing ke kejohanan MSSJ dengan mengalahkan pasukan lain hingga muncul juara.

Beliau mengambil masa tiga tahun membentuk pasukan mantap dengan mengambil pelajar dari tingkatan satu untuk pasukan berkenaan.

“Kejayaan ini berkat kerjasama semua pihak termasuk pentadbiran sekolah, ibu bapa, guru dan pelajar serta semua yang memberikan sokongan sehingga mencapai kejayaan diperingkat ini,” katanya.

Pemain terbaik kejohanan, Mohd Azrin berterima kasih kepada jurulatih atas bimbingannya.

Menurutnya, berkat tunjuk ajar yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu ketika di padang membolehkannya dinobat pemain terbaik.

Katanya, dengan kejayaan itu, dia berjanji akan terus membabitkan diri dalam sukan ragbi untuk mewakili pasukan bawah 18 tahun sekolah pada tahun depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");