Sukan Hari Ini

Pep Guardiola Idam United

PEP Guardiola melihat Manchester United sebagai pilihannya jika berhasrat menyertai pasukan baharu.

Jika benar, United mungkin akan berpisah dengan Louis van Gaal dan menggantikannya dengan Guardiola tetapi ia agak sukar kerana jumlah bayaran yang mencecah £7 juta.

Ketika ini, Guardiola bersama Bayern Munich dan dijangka menandatangani kontrak baharu yang akan tamat pada musim panas tahun depan.

Bagaimanapun, hasrat pengendali berusia 44 tahun belum pasti dapat dipenuhi kerana kontrak Van Gaal yang akan hanya berakhir semusim lagi.

Presiden Bayern, Karl Heinz Rummenigge berkata, isu masa depan pengurus dari Belanda itu akan ditangani menjelang tahun baru ini.

Sebelum ini, Sir Alex Ferguson pernah mendedahkan menerusi buku terbaharunya mengenai tawaran yang dibuat pada pertemuan dengan Guardiola di New York pada September 2012-2013 di mana Guardiola bersetuju dengan syarat Bayern tanpa melanjutkan kontrak.

Sementara itu, Pengarah Bola Sepak Manchester City, Txiki Begiristain pula mempertimbangkan Guardiola sebagai pilihan utama walaupun beliau tidak pernah memberi sebarang jaminan untuk menyertai pasukan itu.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");