Perak Hari Ini

Rakyat Malaysia Kemalangan Di Mesir, Perlu Bantuan RM40,000

IPOH: Seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan di Mesir kini memerlukan bantuan kewangan daripada rakyat di Negara ini dengan kos rawatan yang dianggarkan sebanyak RM40,000.

Menerusi maklumat yang diviralkan di Facebook dan aplikasi Whatsapp, mangsa, Rashidah Harun terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sinai, Mesir pada 13 November 2015.

Kemalangan tersebut berlaku apabila tayar van yang dinaikinya pecah di bahagian depan dan belakang lalu terbabas.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan tulang leher (cervical injury) dan telah memberi tekanan dibahagian saraf. Kesan daripada kecederaan itu, Rashidah kini lumpuh kaki dan tangan dan berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

“Rashidah pada awalnya dimasukkan ke Hospital Al Sheikh. Cubaan untuk membawa beliau pulang ke Malaysia gagal atas sebab kecederaan yang dialami.

IMG-20151117-WA0014

“Kalau hendak dibawa pulang ke Malaysia, Rashidah tidak boleh menaiki pesawat komersial yang biasa. Jadi doktor menasihatkan agar Rashidah kekal di hospital itu sehingga stabil,”kata sumber yang memberi maklumat di Facebook.

Tambahnya lagi, disebabkan Hospital Sharm Al Sheikh tidak mempunyai kepakaran untuk merawat beliau, Rashidah perlu dibawa ke hospital lain yang mempunyai kepakaran.

Wartawan Perak Today telah menghubungi adik ipar mangsa,Norhidayah Yaacob, Rashidah kini dipindahkan ke Hospital Manial, namun kos rawatan juga masih belum diketahui.

“Rashidah telah menjalani pembedahan pada jam 4 pagi tadi (waktu Malaysia), dan kami masih belum mendapat sebarang maklumat tentang pembedahan itu.

IMG-20151117-WA0012

“Kos pembedahan tersebut telah dikenakan sebanyak RM17,000. Itu untuk kos pembedahan sahaja, tidak termasuk kos rawatan susulan,”katanya.

Norhidayah turut berkata, ahli keluarganya kini mengharapkan sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan yang dianggarkan sekitar RM40,000.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan bantuan kepada mangsa boleh melakukan demikian ke dalam akaun milik anak mangsa iaitu Qurratuani Ismail (Maybank : 162 107 196 036), atau nombor akaun milik menantu mangsa, Mumamad Zekri Ali (Maybank : 562 012 102 975).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan keadaan mangsa, orang ramai boleh menghubungi Ralim Yassen (019 214 4750), Norhidayah Yacob (019 268 4750) atau suami mangsa Ismail Yacob (012 504 4030).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");