Perak Hari Ini

‘Saya lebih risau pandangan Allah SWT’ – Pengasas Madrasah (MTFAW)

TAPAH: “Saya tidak peduli pandangan orang tapi saya risau pandangan Allah SWT kerana pandangan Allah yang akan membantu kita di dunia dan akhirat.

Begitu ulasan ringkas Pengasas Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi (MTFAW) di Jalan Cameron Highlands-Tapah di sini yang sama sekali tidak mempedulikan tanggapan buruk dan negatif orang ramai terhadapnya.

PERAKTODAY4

Terdahulu, beberapa hari sebelum ini, viral di aplikasi Whatsapp yang meminta supaya orang ramai menghulurkan sumbangan bagi MTFAW untuk mengumpul sumbangan bagi melangsaikan pembayaran tapak madrasah tersebut.

Isu viral tersebut katanya,dianggapnya sebagai hikmah Allah SWT yang memberi ruang supaya orang ramai mengetahui masalah yang dihadapi madrasah ini.

Tambahnya isu penyebaran sumbangan itu bermula setelah satu keluarga daripada Kedah datang menziarah ke madrasah tersebut dan mengetahui serta bersimpati mengenai masalah yang dihadapi pihak madrasah dan bertindak menyebarkannya.

PERAKTODAY2

“Keluarga ini agak terkejut kerana kerana kami menawarkan pembelajaran Al-Quran secara percuma tidak mengira orang kaya atau miskin,” katanya ketika ditemui pihak Peraktoday di madrasah tersebut hari ini.

MTFAW yang beroperasi di tanah seluas 8.9 hektar itu dibeli dengan nilai RM1.4 juta dan pembayarannya dilakukan secara ansuran.

Katanya, sehingga kini, baki bayaran untuk tanah itu belum dijelaskan walaupun tempoh akhir janji pembayaran tersebut sepatutnya berakhir pada Oktober lalu dan kini dilanjutkan sehingga penghujung tahun ini atas ihsan pemilik tanah.

PERAKTODAY6

“Kami masih berusaha mengumpul wang untuk membayar tanah ini. Kami boleh bertahan dengan berharap bantuan daripada Allah SWT yang memberi rezeki kepada anak-anak ini,”ujarnya.

Mengulas mengenai isu viral berkenaan MTFAW, beliau tidak mengetahuinya sehinggalah kedatangan banyak pihakuntuk mengesahkan tentang perkara tersebut.

“Saya pun tidak mengetahuinya. saya tahu setelah orang ramai datang bertanyakan perkara tersebut..Alhamdullilah ada insan yang sudi membantu.

“Kadang kala orang tidak tahu masalah kami, sedih apabila ada pihak lain yang bertindak memburukkan madrasah,” katanya.

PERAKTODAY10

Tambahnya, akibat isu yang diviralkan itu, ramai pelajar-pelajar di MTFAW berhenti belajar dan kini, cuma tinggal 45 pelajar sahaja yang masih meneruskan pengajian.

MTFAW memberi keutamaan buat anak yatim piatu, anak yatim, fakir miskin, mualaf, dan pasangan yang bercerai untuk menuntut ilmu agama secara percuma.

Beliau berkata, pihak MTFAW akan mendaftarkan madrasah ini akan dilakukan sebaik sahaja isu tanah ini diselesaikan.

Tambahnya, beliau akan mendaftarkan MTFAW mengikut Pendaftaran Institusi Pendidikan Agama di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Perak.

PERAKTODAY8

“Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan viral sebegini masyarakat baru nampak kewujudan kami setelah lima tahun  dan kami bersabar, kalau nak kejar populariti semata bukan mendirikan madrasah begini sebenarnya.

“Kami boleh tubuhkan madrasah dengan mengenakan yuran yang tinggi dan boleh menampung kos serta tempat belajar yang elok tetapi kami memberi keutamaan kepada pelajar yang betul-betul ingin belajar secara percuma untuk membantu keluarga yang susah,”ujarnya,

Bercerita mengenai pembangunan di madrasah itu, beliau berkata, pihak madrasah ingin meneruskan pembinaan surau yang terbengkalai selepas pemaju melarikan diri.

“Pemaju cuma dapat membina rangka surau dan kemudian melarikan diri. Ada sesetengah manusia yang tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap kami.

PERAKTODAY5

Tambahnya, sebaik selesai urusan jual beli tanah seluas 8.9 ekar ini, beliau akan mewujudkan satu yayasan untuk mengawal selia madrasah tersebut.

“Sebaik selesai segala urusan jual beli tanah dan tukar milik nama pemegang amanah, Madrasah akan mewujudkan satu yayasan dengan satu komuniti tersendiri bagi mengawal selia.

“Buat masa ini, kami suami isteri yang usahakan mengajar pelajar- pelajar disini kerana tidak mampu menggaji guru khas dan guru yang ada ini dibayar mengikut sumbangan dan kemampuan kami. Kami merupakan Ayah dan ibu kepada anak-anak ini,”luahnya sebak.

PERAKTODAY

Beliau turut berpesan, kepada individu-individu yang ingin menghulurkan sumbangan datang sendiri ke madrasah tersebut untuk melihat jenis sumbangan yang diperlukan.

“Jika ingin memberi sumbangan datang sendiri ke sini dan lihat sendiri keadaan dan bentuk bantuan yang ingin diberikan,”ujarnya.

Tinjauan Perak Today di MTFAW juga mendapati madrasah tersebut turut mengusahakan ternakan ikan sebagai keperluan untuk menampung makan dan minum pelajar-pelajar di situ.

PERAKTODAY7

MTFAW mula ditubuhkan sejak empat tahun lalu dan pada awal tahun ini, Madrasah telah berpindah ke sini dari Teluk Intan dan pernah beroperasi di Pekan Nenas, Pontian, Johor dan Pasir Salak.

PERAKTODAY1

Sejak beroperasi, MTFAW terus bertahan melalui hasil sumbangan dan derma orang ramai.

Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Maybank Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi, 558060504394 atau hubungi Mazri Firdaus di talian 014-2528085.

PERAKTODAY9

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");