Jenayah

Suami, isteri mengandung maut nahas dua kenderaan

REMBAU: Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabit dalam nahas melibatkan dua kenderaan di kilometer 14.7, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Ladang Hentian Tinggi, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.23 pagi itu, kedua-dua mangsa, Khairul Anwar Tajuddin, 34, dan isterinya, Murni Muhamat, 26, yang mengandung didapati tersepit.

Mereka berjaya dikeluarkan daripada kereta oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

Manakala, anak lelaki mangsa berusia kira-kira dua tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

Kassim berkata, pihaknya mengambil masa selama sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit berikutan berhadapan kesukaran membabitkan kenderaan yang terbalik.

Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta yang dinaiki tiga beranak iaitu Proton Persona dan kereta dipandu seorang lelaki jenis Honda Civic.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");