Jenayah

Sugul dalam mahkamah

Port Dickson: Seorang tukang cat kereta yang berdepan tuduhan membunuh abangnya bulan lalu sugul ketika dibawa polis ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, untuk sebutan semula kes.

Tertuduh, Miza Ezari Imran, 23, ketika berada dalam kamar tertuduh bagaimanapun memberitahu gagal melantik peguam untuk perbicaraan kesnya itu.

Majistret M Mageshwary menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menikam dada abangnya, Helmizi, 33, menggunakan pisau hingga mati di rumah mereka di Kampung Chuah, di sini, jam 1.30 petang, 5 Oktober lalu.

Berikutan perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Nural Hafiz Alias.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");