Sukan Hari Ini

TDP bentuk pelumba negara di pentas antarabangsa

PROGRAM Pembangunan Bakat Petronas (TDP) bagi melahirkan lebih banyak pelumba tempatan di persada antarabangsa terus membuahkan hasil pada sesi sukan permotoran musim ini.

Peserta program paling menyerlah musim ini pelumba muda negara, Jazeman Jaafar dalam siri Formula Renault 3.5.

Dalam kempen musim ketiga, pelumba kelahiran Kuala Lumpur berusia 23 tahun itu mengumpul 118 mata untuk membantu Fortec Motorsports julung kali merangkul gelaran juara berpasukan.

“Antara kejayaan musim ini ialah pencapaian empat kedudukan podium termasuk di sekitar trek jalanan di Monaco, sekali gus menamatkan 17 perlumbaan musim ini di tangga kelapan,” menurut reviu pencapaian peserta TDP yang dikeluarkan Petronas di sini kelmarin.

Seorang lagi bakat Petronas, Muhammad Nabil Jeffri, 22, mengambil langkah besar dalam karier sukan permotoran musim ini apabila menduduki tangga ke-25 selepas 34 perlumbaan pada siri perlumbaan FIA Formula 3 Eropah yang mana kemuncak ialah kedudukan kelima pada perlumbaan Masters F3 di Litar Zandvoort, Belanda.

Sementara itu dalam acara motosikal, Hafizh Syahrin menunjukkan aksi paling cemerlang setakat ini pada saingan Moto2 di kejohanan MotoGP Dunia musim ini.

Menunggang untuk Raceline Malaysia Team, pelumba berusia 21 tahun itu meraih tampat keenam pada GP Amerika Syarikat di Austin dan tempat kelima pada GP Jepun.

Hafizh turut menceriakan peminat tempatan apabila merangkul tempat kelapan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang untuk menamatkan kempen musim ini di kedudukan ke-16 dengan 64 mata.

Dalam pada itu, penunggang Petronas AHM, Ramdan Rosli meraih kedudukan ke-14 dengan mengumpul 31 mata selepas 13 perlumbaan di Kejohanan Sepanyol CEV dalam Kategori Moto3.

“Kemuncak musim bagi Ramdan ialah dua slot wildcard pada kelas Moto2 pada MotoGP Dunia di Bercelona dan Sepang di mana pelumba itu menimba pengalaman berharga sebagai bekalan untuk masa depan,” menurut kenyataan itu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");