Isu Panas

Tiada pembangkang mahu Malaysia diserang

KUALA TERENGGANU – Isu pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilihat seolah-olah cuba diperbesarkan dan cuba dimanipulasi untuk mengalih perhatian terhadap isu-isu lain yang lebih besar dalam negara.

Setiausaha PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad berkata, sebagaimana dijelaskan Nurul Izzah sebelum ini mengenai pertemuan dengan Puteri Sulu, Jacel Kiram di Filipina, ia bukanlah pertemuan yang mendorong terhadap ancaman kepada negara.

Beliau turut percaya bahawa penyebaran gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dengan individu terbabit cuba diperbesarkan sedangkan ia tidak mempunyai motif berkait keselamatan apatah lagi Nurul Izzah yang dikatakan tidak sensitif terhadap mangsa tragedi Lahad Datu telah pun meminta maaf kepada pihak berkenaan.

“Walaupun kami pembangkang tetapi tiada yang mahu melihat Malaysia diserang sebaliknya semua pemimpin dalam negara termasuk Pakatan Harapan mahu lihat Malaysia hebat di dunia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan penyebaran gambar terbabit bertujuan menjatuhkan kredibiliti Nurul Izzah.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, polis berkemungkinan akan menyiasat tindakan Naib Presiden PKR itu bertemu Jacel Kiram, mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berkemungkinan akan memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai itu minggu depan bagi membantu siasatan.

Berhubung perkara itu, Wan Bukhari bagaimanapun tidak menafikan tugas pihak keselamatan namun berharap perkara sedemikian tidak diperbesar-besarkan.

Apatah lagi katanya, tiada bukti mengenai tuduhan dilemparkan terhadap Nurul Izzah membabitkan pertemuan tersebut ketika ini, namun yang jelas ia diaturkan oleh pihak berkuasa Filipina sebagaimana dakwaan Nurul Izzah.

“Boleh jadi isu ini untuk menutup isu-isu berbangkit dalam negara seperti 1MDB dan TPPA. Mungkin hendak tutup isu-isu panas, jadi guna isu Nurul Izzah sebagai modal,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");