Membawang Hari Ini

Tipu kalau tak sedih

Status perkahwinan penyanyi, Maya Ruslee, 39, atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari dengan suaminya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz masih menjadi tanda tanya.

Mengulas perkara itu, Maya berkata, ia akan terjawab sedikit masa lagi.

“Sebelum ini saya ada bercerita kami sudah tidak tinggal sebumbung. Soal status perkahwinan kami, insya-Allah akan selesai dalam waktu terdekat dan boleh dikongsi bersama.

“Saya gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya mula berdikari sejak berusia 19 tahun dan untuk masalah sebegini saya masih kuat.

“Bagi saya, tanpa suami pun wanita boleh hidup,” katanya.

Menurut Maya, pergolakan rumah tangganya sedikitpun tidak mengganggu rutin hariannya.

Apatah lagi dengan adanya sokongan keluarga dan teman rapat, dia semakin bersemangat meneruskan kehidupan.

“Masalah dilalui bukan penamat kepada sebuah kehidupan. Semua orang pasti ada masalah. Apabila difikirkan semula, ada orang lain lebih teruk nasibnya daripada saya.

“Bagaimanapun, tipu kalau saya kata tak sedih. Sekuat mana pun saya, sebagai wanita pasti ada rapuhnya. Sebab itu, saya sentiasa sibukkan diri dengan kerja,” katanya yang berkecimpung dalam dunia seni tanah air sejak 22 tahun lalu.

Diusik adakah dia sudah bersedia menerima kehadiran insan lain dalam hidupnya, tegas Maya, belum tiba masanya.

“Saya akui ramai cuba mendekati, tetapi buat masa ini belum bersedia lagi. Saya mahu fokus pada karier dan perniagaan.

“Banyak perkara saya perlu berhati-hati sekarang terutama soal mencari pasangan. Sebab itu, saya tak nak terburu-buru. Biar masa menentukan,” katanya.

Mengulas perkembangan karier nyanyian, Maya bakal muncul dengan single berjudul Setia, duet bersama Saida.

“Single ini ciptaan sepenuhnya Adi Sixth Sense. Ia bukan berdasarkan kisah hidup saya dan Saida, tetapi berkaitan semua orang.

“Mungkin juga ada kena-mengena dengan kisah peribadi komposernya. Liriknya cukup menyentuh perasaan,” kata duta produk kecantikan Satin Skinz ini.

Maya baru-baru ini dianugerahkan Selangor Exellence Business Awards 2015 di atas pencapaiannya sebagai anak seni dan ahli perniagaan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");