Sukan Hari Ini

Tok Gajah mengganas benam Lions XII

PENYANDANG juara Pahang dan juara 32 kali Selangor memulakan kempen suku akhir pertama Piala Malaysia langkah kanan apabila masing-masing melakar kemenangan malam tadi.

Di Stadium Darul Makmur, Tok Gajah membawa bekalan selesa bertandang ke Stadium Jalan Besar, Sabtu ini apabila membenam Lions XII, 4-1.

Hafiz Kamal meletakan tuan rumah di depan seawal m-5 sebelum tiga gol lagi menyusul babak kedua masing-masing menerusi Matias Conti m-54, Dickson Nwakaeme m-59 dan G Gopinathan 67 sebelum Safuwan Baharudin mengurangkan defisit pada m-90.

Di Stadium Negeri Kuching, anak buah Mehmet Durakovic tampil lebih garang menyalakan Misi33 apabila menewaskan Sarawak 2-1.

Penyerang The Red Giants, Ahmad Hazwan Bakri terlebih dulu meletakan pelawat di depan pada m-36 untuk mendahului 1-0.

Babak kedua, Sarawak mengandakkan asakan mencari gol penyamaan yang hadir menerusi penyerang import, Billy Mehmet m-59 sebelum jaringan Afiq Azmi m-88 memastikan Merah Kuning membawa bekalan selesa ke Shah Alam, Sabtu ini.

Sementara itu jaringan penyamaan Amirul Hadi Zainal m-93 menafikan hajat tuan rumah Felda United untuk sekurang-kurangnya membawa bekalan satu gol ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin apabila diikat Johor Darul Ta’zim (JDT), 1-1.

Sebelum itu dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pemain import Fernandes Augusto meletakan The Fighters selesa di depan seawal m-7 untuk mendahului juara Piala AFC dan juara Liga Super, JDT separuh masa pertama.

Aksi di Stadium Darul Aman pula menyaksikan tuan rumah Kedah sekadar melakar keputusan seri 1-1 menentang PKNS.

Gol kedua-dua pasukan hanya hadir pada babak kedua perlawanan dengan Syazwan Zainon meletakan Lang Merah di depan m-74 sebelum Pedro Henrique menyamakan kedudukan untuk The Red Ants pada m-86.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");