Sukan Hari Ini

‘Tunggu dulu Mirnawan’

Kuala Lumpur: “Tunggu dulu.” Itu permintaan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal kepada Mirnawan Nawawi yang sudah menyatakan hasrat meletak jawatan selaku pengurus skuad Projek 2016.

Jelas Subahan Mirnawan sememangnya ada menyatakan mengenai hasratnya itu tetapi beliau belum membuat keputusan muktamad.

“Selepas kita gagal, memang sebenarnya tiada lagi pasukan Projek 2016. Jadi nak kata terima atau tidak keputusannya itu kena tunggu dulu.

“Itu hasrat beliau tetapi yang penting saya belum fikirkan mengenainya lagi.

“Saya mahu jurulatih dan pengurus menghantar laporan terperinci dulu kepada Jawatankuasa Kejurulatihan. Kemudian pihak jawatankuasa akan mengkaji dan membentangkan satu laporan khas kepada Lembaga Eksekutif,” katanya pada sidang media pengumuman barisan pemain 1MAS beraksi di Kejohanan Piala FHE semalam.

Jelas Subahan lagi, mesyuarat Lembaga Eksekutif kemungkinan besar akan berlangsung pada minggu kedua Disember depan.

“Lepas itu kami akan buat keputusan untuk pastikan apakah langkah seterusnya sama ada mengekalkan jurulatih, begitu juga pengurus,” katanya.

Mirnawan menerusi laporan Arena Metro berkata, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana berasa bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad Projek 2016 layak ke Piala Dunia Remaja tahun depan menerusi saingan Piala Remaja Asia yang berlangsung minggu lalu.

Sementara itu, Subahan memberi jaminan barisan pemain dalam skuad Projek 2016 tidak akan dibiarkan begitu saja.

“Kebanyakan pemain masih muda dan mampu mewakili negara. Kemungkinan mereka akan diserap dalam satu kumpulan khas.

“Cadangan untuk mereka diletakkan dalam Malaysia B akan diambil kira juga. Tapi saya kena tunggu laporan dulu,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");