Perak Hari Ini

UMNO Gopeng Cadang Mahathir dan Muhyiddin Turut Dikenakan Tindakan

IPOH: UMNO Bahagian Gopeng mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut mengenakan tindakan sama seperti yang dikenakan ke atas bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, MT UMNO telah memutuskan bahawa Hamidah telah digugurkan jawatan selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng dan hak keahlian sebagai ahli UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kasim berkata, tindakan yang sama itu perlu kerana, kedua-dua individu itu juga telah melanggar perlembagaan dan etika parti.

Katanya, cadangan tersebut telah disuarakan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Gopeng sekitar empat bulan lalu.

“Itu keputusan mesyuarat UMNO Bahagian Gopeng yang kita dah buat empat bulan sudah. Bukan keputusan pada malam ini.

“Semua ahli UMNO mesti patuh pada perlembagaan dan etika parti. Sekiranya langgar, perkara sebegini kita cadangkan kepada MT,”katanya dalam satu sidang media khas, malam tadi.

Katanya, selepas pengguguran Hamidah, UMNO Bahagian Gopeng boleh mencadangkan sekali lagi kepada MT UMNO untuk jatuhkan hukuman kali ini terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin.

“Kita boleh cadangkan kepada MKT UMNO supaya sesiapa yang melanggar etika dan perlembagaan, kita kenakan tindakan.

“Parti kita takkan dihormati kalau kita sendiri tidak menghormati perlembagaan dan etika parti,”ujarnya.

Ulasnya lagi, keputusan yang dibuat oleh MT UMNO adalah baik untuk keseluruhan parti.

“Keputusan sudah dibuat dan kita rasakan ianya baik untuk keseluruhan, tetapi tidak membenci kepada sesiapa sekalipun.

“Kita pernah sama-sama berjuang dalam UMNO, dan Dr Mahathir pun adalah pemimpin yang kita sayang,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");