Perak Hari Ini

Banjir: 98 Keluarga Ditempatkan di 3 Pusat Pemindahan di Kerian

IPOH: Sejumlah 98 buah keluarga yang terdiri daripada 338 orang mangsa banjir telah dipindahkan di tiga pusat pemindahan banjir di Perak sehingga jam 8.30 pagi tadi.

Menurut laporan yang dikeluarkan pihak bomba, Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Merah mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu sejumlah 65 buah keluarga yang terdiri daripada 172 orang penduduk di sekitar kawasan ini.

Paras air di kawasan ini pula adalah sekitar 0.3 meter sehingga 1.2 meter.

Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak pula mencatatkan sejumlah 33 buah keluarga yang terdiri daripada 139 orang mangsa yang ditempatkan di sini.

Sumber menyatakan paras air di kawasan ini adalah sekitar 0.3 meter sehingga 0.5 meter.

Manakala di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Simpang Lima pula mencatatkan sejumlah 10 buah keluarga yang terdiri daripada 21 orang mangsa yang ditempatkan disini.

Bagaimanapun masih tidak terdapat sebarang maklumat mengenai paras air di kawasan ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi dan memberi kerjasama terhadap sebarang arahan pihak bomba dan agensi-agensi yang berkenaan sekiranya diarahkan berpindah bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");