Membawang Hari Ini

Bantu mangsa buli siber

Selepas Justin Bieber, penyanyi berusia 17 tahun ini pula menakluk perhatian dunia dengan bakat luar biasanya.

Hakikatnya, Shawn Mendes mendapat jolokan ‘the next Justin Bieber’ berdasarkan fenomena diciptanya.

Menjadi kegilaan peminat wanita pada masa kini, lagu Stitches nyanyiannya mudah meresap dalam jiwa pendengar.

Biarpun sangat ringkas dan sarat dengan elemen remaja, impak lagu itu sangat besar.

Shawn tidak perlu mencipta apa-apa kontroversi memandangkan sebelum memasuki arus perdana dia sudah mengumpul peminatnya sendiri.

Dia turut dikaitkan bercinta dengan anggota Fifth Harmony iaitu Camilla, namun ia tidak mengugatnya untuk terus mencipta legasi.

Terkini, Shawn tampil dengan kempen hasil ideanya sendiri iaitu mengenai isu buli di Internet.

Bagi Shawn, menjadi popular juga tetap terkena tempias kuat dan kadang-kadang ia meninggalkan kesan buatnya.

“Saya sendiri melihat perkara itu di depan mata. Saya faham kemarahan seseorang di komputer hanya disebabkan tidak dilayan. Lagipun dalam alam siber kita tidak bersua muka atau berdepan, jadi suka hati saja mahu tulis apa.

“Jika seseorang mengatakan sesuatu negatif mengenai saya, saya tidak melayannya. Namun, kadang-kadang rasa bodoh juga apabila membaca sesuatu di Internet yang menyakitkan hati.

“Saya boleh bayangkan bagaimana rasanya apabila seseorang mendapat lima pujian manakala yang tiga adalah benda buruk. Ia memang menyakitkan,” katanya.

Itu antara niat baik yang mahu Shawn tekankan menerusi projek #NotesFromShawn yang dibuatnya bersama laman web DoSomething.org.

Misi utamanya ialah mahu menggunakan kelab peminatnya menyebarkan perkara positif di seluruh dunia. Dia benar-benar mahu membantu golongan remaja yang dibuli di Internet serta memiliki keyakinan rendah.

“Media sosial cukup berkuasa. Ia mampu mencetuskan sesuatu yang luar biasa serta boleh menjatuhkan orang lain.

“Projek ini sangat ringkas di mana saya cuma meminta peminat menulis satu nota. Mereka cuma perlu menulis satu ayat pendek yang boleh menaikkan semangat dan sangat positif.

“Saya harap ia bakal menjadikan hari seseorang kembali indah. Sehingga beberapa minggu dilancarkan, 37,000 orang sudah mendaftar untuk menyertai kempen itu,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");