Sukan Hari Ini

Benzema Disingkir Susulan Kes Peras Ugut

PARIS: Penyerang Real Madrid, Karim Benzema yang disiasat atas tuduhan memeras ugut rakan sepasukan melibatkan rakaman video seks tidak akan disenaraikan untuk menyertai skuad bola sepak negara itu.

Arahan terbaharu itu dikeluarkan Perdana Menteri Manuel Valls.

“Sekiranya seorang menteri berdepan siasatan rasmi dia tidak akan berada dalam kerajaan.

“Keadaan yang sama sepatutnya berlaku dalam skuad kebangsaan.

“Tiada sebarang tempat untuk Benzema, atlet yang hebat sepatutnya menjadi menjadi contoh,” katanya ketika ditemubual menerusi stesen radio Perancis, Europe 1.

Benzema disiasat bulan lalu kerana dikaitkan dengan cubaan memeras ugut penyerang Olympique Lyonnais, Mathieu Valbuena menggunakan video seks.

Kedua-dua pemain digugurkan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamps dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman dan England bulan lalu.

Benzema dilarang berhubung dengan sesiapa yang dikaitkan dalam siasatan itu.

Benzema akan membuat kenyataan balas dalam satu wawancara yang akan disiarkan berita nasional Perancis dalam masa terdekat.

Kelab Benzema, Real begitupun terus memberi sokongan terhadap penyerang itu dengan sokongan disuarakan pengurus, Rafael Benitez dan presiden kelab, Florentino Perez. – AP/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");