Sukan Hari Ini

Fuad Racing gegar Litar Sepang

GANDINGAN Muhammad Yusof Omar dan Muhammad Aqid Jumali dari Fuad Racing muncul juara edisi keempat Kejuaraan KBS-MAM Kapcai Endurance, yang menyaksikan saingan sengit dengan MK Possum Racing Team di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Selepas pertarungan selama empat jam, Fuad Racing dan MK Possum Racing Team yang dipacu pelumba berpengalaman Mohd Farid Ahmad dan Mohamad Kanafi Kamarudin terikat jumlah lap sama sebanyak 71 pusingan.

Gelaran juara keseluruhan dan Kelas Terbuka bagaimanapun akhirnya milik Fuad Racing yang menamatkan saingan empat jam itu dua minit di depan lawan mereka.

Menggunakan strategi dan kepakaran teknikal mantap, Muhammad Yusof dan Muhammad Aqid menggunakan jentera Yamaha 100cc mengatasi lawan yang menggunakan jentera Yamaha 150cc.

Tempat ketiga dimenangi PMP Motorsport 2 yang membariskan Muhammad Syafit Nash Jasni dan Muhammad Rizal Jantan, yang menamatkan 70 lap dengan jentera Yamaha 150cc manakala keempat dimenangi rakan sepasukan Muhammad Syawal Mohd Noor, Syazwani Amatakim dan Zaidi Mohd Zahaizal.

Bagi Kelas Tiga jentera di bawah 150cc dimenangi Capit Racing dengan gandingan Muhamad Khuzaimi Mahmood dan Muhammad Syuzaili Ashari memacu jentera Yamaha 135cc dengan 69 lap meninggalkan saingan terdekat Zam Motor Lekir dua lap.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");