Membawang Hari Ini

Gegar Vaganza: Saingan makin hebat!

MENJELANG konsert akhir Gegar Vaganza 2 yang akan berlangsung pada 12 Disember ini, tujuh peserta yang tinggal dilihat memberi saingan sengit.

Buktinya rata-rata peserta mendapat pujian daripada juri, terutamanya Faradhiya, Haiza, Nassier Wahab dan Siti Nordiana pada konsert minggu ketujuh yang bertemakan Rockdut (Rock + Dangdut).

Faradhiya misalnya yang menyampaikan lagu Enter Sandmand yang dinyanyikan kumpulan rock antarabangsa, Metallica berjaya memukau bukan sahaja penonton dan pengikutnya, bahkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli M.S dan Datuk Khatijah

Ramli M.S misalnya menyifatkan persembahan Faradhiya ‘sangat ganas’ dan dia memberikan persembahan yang cukup mantap.

Manakala Khatijah menerusi komennya pada malam tersebut berkata, Faradhiya sentiasa memberi persembahan yang berlainan.

“Fara awak buat yang terbaik. Bagi apa sahaja lagu dan awak ada intensif untuk belajar. Awak adalah seorang penghibur,” katanya.

Bukan hanya Faradhiya, Haiza yang membawakan lagu Kopi Dangdut juga turut mendapat komen positif daripada juri jemputan, Mamat Khalid yang menyifatkan Haiza seorang penghibur yang baik.

“Dari dangdut ke rock kemudian rap, awak tukar satu persatu dengan baik dan orang boleh rasa kesemuanya,” katanya.

Nassier pula yang menyampaikan lagu Camellia II, dipuji oleh Khatijah kerana disifatkan sebagai penghibur yang berdisiplin.

Sementara itu, Siti Nordiana atau Nana pula dilihat menampilkan persembahan yang meningkat dari saban minggu dan dipuji Ramli.

“Lagu dangdut ala Indonesia ini memang susah untuk disampaikan kerana berbeza daripada dangdut Malaysia. Tapi awak berjaya. 70 peratus bagus,” katanya.

Dalam pada itu, Acong terselamat daripada tersingkir selepas Datuk Seri Vida bersetuju untuk menyelamatkan Acong dengan menggunakan kuasa imuniti.

Biarpun kelihatan berbelah bahagi pada awalnya, beliau yang juga penaja utama Gegar Vaganza musim ini menyifatkan Acong perlu diselamatkan kerana menampilkan persembahan mantap setiap minggu sebelum ini.

Selain Acong, Faradhiya, Haiza, Nassier, Nana, antara lain yang mara adalah Azian Mazuwan Safuan serta Ezad Lazim dan akan berentap untuk merebut tempat ke final menerusi konsert separuh akhir, Ahad ini.

Sama-sama kita saksikan konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 2 dengan tema Karok Tarik di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) bermula jam 9 malam yang dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");