Perak Hari Ini

Hasil Sawit Di Selinsing Terjejas 70 Peratus Akibat Banjir

SELINSING: Pendapatan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Selinsing iaitu kawasan sekitar Semanggol terjejas hampir 70 peratus tahun ini berikutan kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan tersebut.

Menurut pengerusinya, Abdul Rahman Hamid, masalah banjir itu berpunca daripada Kolam takungan air Bukit Merah dan ianya melibatkan 110 ekar ladang sawit milik pertubuhan itu telah terjejas.

PIX 5

Rahman menjelaskan ladang kelapa sawit miliknya akan ditenggelami air apabila perlepasan air Kolam Bukit Merah ke Sungai Kurai melebihi bacaan 500 kaki padu sesaat.

“Setiap kali ladang dinaiki air, banjir akan mencecah paras dada dan pekerja ladang sukar untuk mengutip buah sawit yang masak pada pokok meskipun dibekalkan sampan.

PIX 3

“Hal ini kerana soal keselamatan pekerja kita perlu ambil kira kerana terdedah kepada ancaman binatang berbisa selain keadaan ladang dipenuhi air menyukarkan usaha memindahhkan buah sawit dikutip,” katanya kepada media di ibu pejabat PPK Selinsing/Semanggol semalam.

Rahman berkata, purata kutipan hasil sawit setiap bulan sebanyak 102 tan metrik setiap bulan berkurang kepada 20 tan metrik pada bulan November ini kerana banjir yang berlaku.

“Sekiranya tiada masalah banjir, pihak kami mampu memperolehi pendapatan bulanan RM42,000 daripada hasil sawit di ladang di Batu 38, Bukit Merah.

“Namun setiap kali banjir berlaku, pendapatan bulanan diraih hanya tinggal RM6,000 dan kemerosotan ini amat menjejaskan operasi PPK ini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pertubuhan yang dianggotai seramai 3,000 orang ahli ini juga ini juga berdepan risiko lumpuh kerana kos perbelanjaan sebanyak RM41, 000 sebulan perlu ditanggung pihanknya.

“Sekiranya kerugian berlaku, pihak kami tidak mampu membayar dividen tahunan kepada ahli, malah perlaksanaan program-program meliputi pelbagai aspek direncana untuk kepentingan ahli turut terbantut.

“Kebimbangan paling besar adalah ahli-ahli dan pelabur PPK Selinsing/Semanggol berasa tidak puas hati dan menarik balik pelaburan mereka pada masa hadapan,” ujarnya.

Keberkesanan perlaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Daerah Kerian turut dipersoalkan Rahman kerana banjir tetap berlaku meskipun kerja pembinaan telah siap 96 peratus.

Jelasnya, pada peringkat RTB yang hampir disiapkan itu, kesan banjir kepada penduduk mampu dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 60 peratus.

“Namun, pihak kami melihat perlaksanaan RTB tidak memberi sebarang impak dan ia seolah-olah tidak menyelesaikan masalah banjir di Kerian,”katanya.

Dalam pada itu, Mohd Faizul menyatakan penggunaan pam air kekal di Kampung Batu Kurau tidak praktikal kerana air yang bertakung dipam keluar ke sungai semual.

“Kami berpendapat masalah banjir melibatkan kawasan berhampiran Sungai Kurau disebabkan sungai itu kini amat cetek dan diperlu diperdalamkan dengan segera.

“Perkara ini sering dikemukakan pihak kami kepada agensi kerajaan terlibat, namun sehingga kini tiada tindakan susulan diambil,”katanya.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, Datuk Sham Mat akan menilai semula langkah pencegahan banjir yang dilaksanakan dan bersimpati dengan nasib yang menimpa PPK Selinsing/Semanggol itu.

Beliau menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengambil kira berbgai faktor dalam penyelesaian masalah banjir seperti mendalamkan sungai-sungai utama yang semakin cetek ketika ini.

“JPS perlu sentiasa turun padang dan mendengar pandangan penduduk setempat bagi mendapatkan perspektif berbeza untuk kerja-kerja penambahbaikan RTB di daerah Kerian.

“Kita tidak mahu apabila projek RTB disiapkan kelak, banjir tetap berlaku seperti biasa dan rakyat akan mempersoalkan ketelusan pihak kerajaan dalam perlaksanaan projek ratusan juta ringgit itu,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");