Panasnya Hari Ini

Henti Tuding Jari, Perjanjian Tetap Perjanjian

KUALA LUMPUR: Putrajaya diminta berhenti menyalahkan pentadbiran sebelum ini berkaitan sebarang perjanjian konsesi berat sebelah, sebaliknya kerajaan perlu mengambil tanggungjawab bagi mengatasi masalah tersebut.

Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tidak ada gunanya jika kedua-dua pihak saling menuding jari antara satu sama lain kerana pentadbiran pada hari ini diberi mandate oleh rakyat untuk menyelesaikan masalah, termasuklah perjanjian dan kontrak yang dibuat sebelumnya.

“Perjanjian tetap perjanjian. Tidak boleh salahkan siapa pun. Kalau perjanjian dibuat zaman Nabi Adam sekalipun, kita kena tanggung.

“Kita tidak boleh hendak salahkan orang lain. Kita dipertanggungjawabkan untuk mengatasi masalah itu tetapi kalau sudah ada dalam perjanjian, maka terpaksa kita patuh kepada apa yang sudah diterima dan dipersetujui bersama,”katanya, memetik laporan The Malaysian Insider.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengakui bahawa kontrak penswastaan adalah berat sebelah.

Dalam masa yang sama, beliau meminta agar rakyat tidak menyalahkan kerajaan kerana kesemua perjanjian tersebut ditandatangani sebelum pentadbiran Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zahid turut mengakui bahawa kontrak lebih raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan keretapi ERL adalah berat sebelah. Beliau bagaiamanapun tidak menamakan siapa atau pihak mana yang bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Najib ketika berucap dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO pada 12 Disember lalu berkata, kenaikan tambang ERL daripada RM35 kepada RM55 adalah hasil perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1997.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");