Berita Hari Ini

Keganasan persepsi boleh ancam keselamatan negara

SHAH ALAM – Keganasan persepsi jika tidak dibendung boleh mengancam keselamatan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Katanya, keganasan persepsi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai penglibatan masyarakat dengan golongan tertentu melalui saluran seperti di media sosial dan aplikasi telekomunikasi yang mengandungi unsur provokasi, emosi serta sentimen keterlaluan yang mendorong kepada persekitaran negatif.

“Keganasan persepsi yang dibentuk oleh sesetengah pihak yang menjadikan media baru untuk memanipulasikan informasi dan melemparkan tuduhan tidak berasas terutamanya terhadap pemimpin negara, persepsi ini yang dimanipulasi boleh mencetuskan kekeliruan lantas ia akan membentuk satu corak pemikiran yang negatif.

“Sekiranya ia tidak ditangani secara strategik ianya akan merosakkan negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup bersempena forum keganasan persepsi, komunikasi digital dan keselamatan negara di Intekma Shah Alam, hari ini.

Mengambil pemikiran pengganas IS sebagai satu contoh, keganasan persepsi Is katanya disebar luas menerusi penggunaan media baharu sehinggakan berjaya mempengaruhi golongan tertentu.

“Sudah pasti kita tidak mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang kucar kacir, peperangan adalah disebabkan persepsi negatif melalui penerapan keganasan persepsi menerusi penggunaan media baharu sudah berjaya mempengaruhi cara pemikiran untuk bertindak.

“Persepsi berbaur kebencian menyebabkan mereka bertindak membunuh manusia di atas kepercayaan melampau , oleh itu bagi saya keganasan persepsi boleh membawa kemudaratan dan ancaman keselamatan negara sekiranya tidak ditangani segera,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");