Berita Hari Ini

KPDNKK selesaikan 70 aduan awam

TEMERLOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Temerloh menyelesaikan 70 aduan orang ramai terhadap pelbagai salah laku peniaga sepanjang tahun ini dengan nilai rampasan berjumlah RM52,237.

Ketua Cawangan KPDNKK Temerloh, Rosdi Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM20,603 kompaun dikeluarkan ke atas peniaga yang melakukan 151 kesalahan di bawah pelbagai akta.

“KPDNKK telah melakukan pemeriksaan ke atas 17,965 premis di kawasan bandar dan 10,511 premis di kawasan luar bandar sepanjang tempoh Januari hingga 22 Disember tahun ini,” katanya ketika ditemui semasa merasmikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (Krismas) dan Jualan Kembali Ke Sekolah di Pasar Raya TF di sini, kelmarin.

Rosdi berkata, program tersebut diadakan sempena cuti sekolah di seluruh negara bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa membuat persiapan bagi anak-anak yang bakal memasuki alam persekolahan 2016 dengan mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah dan berpatutan.

Beliau berkata, antara objektif utama program jualan kembali ke sekolah diadakan adalah untuk membantu pengguna terutamanya para ibu bapa dalam meringankan beban, mengurangkan kos sara hidup khususnya perbelanjaan untuk mendapatkan keperluan persekolahan.

Beliau berkata, kempen itu juga memberi peluang kepada orang ramai membuat perbelanjaan mereka secara berhemah.

“Kita juga menggesa pasar raya lain yang menjual barangan persekolahan digalakkan melaksanakan jualan murah sempena musim cuti sekolah. Namun, mereka perlu patuh pada peraturan ditetapkan kerajaan untuk tujuan itu.

“Para peniaga diingatkan supaya menjalankan perniagaan secara beretika semasa berlangsungnya jualan murah itu. Para pengguna boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan sekiranya ada kes-kes penipuan kepada KPDNKK Temerloh,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");