Jenayah

Majikan lindungi pekerja warga asing ditahan

ALOR SETAR: Tindakan seorang majikan warga Thailand sebuah premis restoran ala Thai di Jalan Telok Wanjah, di sini melindungi pekerja asing membawa padah apabila dia turut ditahan dalam Ops Selera, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, lelaki berusia 30 tahun yang didakwa majikan kepada pekerja restoran berkenaan ditahan kerana melindungi warga asing melakukan kesalahan imigresen.

“Turut ditahan, tiga wanita warga Thailand yang bekerja sebagai pembantu restoran, juruwang dan tukang masak di restoran berkenaan yang melanggar syarat pas lawatan sosial.

“Majikan berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1958/63(Pindaan 2002) kerana kesalahan melindungi warga asing itu,” katanya.

Menurutnya, tiga lelaki warga Thailand pula ditahan dalam pemeriksaan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen,, Yusrazif Wan Yusof bersama 10 pegawai Imigresen di sebuah lagi restoran di kawasan berkenaan.

“Kesemua warga asing ditahan dalam Ops Selera di dua restoran berkenaan terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 16 hingga 30 tahun.

“Mereka semua ditahan untuk siasatan di Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");