Jenayah

Mengaku rogol adik ipar

SEREMBAN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini, semalam atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun dan sembilan bulan ketika kejadian.

Lelaki terbabit didakwa berbuat demikian di sebuah kediaman di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson pada 1 September dan 23 November lalu.

Tertuduh berusia 34 tahun yang hadir memakai baju lokap warna ungu itu hanya mengangguk tanda faham terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan, sebelum mengaku bersalah.

Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun, selain boleh dikenakan sebat.

Sebelum ini, media melaporkan, selain merogol adik iparnya, tertuduh turut memaksa isterinya yang juga OKU kategori lembam merakam perlakuan tersebut.

Difahamkan, rakaman berkenaan kemudian dimuatkan dalam video cakera padat (VCD) dan dijual kepada beberapa rakan.

Bagaimanapun, perbuatan jijiknya itu akhirnya terbongkar dan diketahui bapa mangsa apabila rakaman tersebut tersebar menerusi aplikasi whatsapp.

Hakim N Kanageswari kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 Disember depan bagi menunggu fakta penghukuman.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Noora Nisa Ngadirin manakala tertuduh tidak diwakili peguam semasa prosiding dijalankan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");